Selasa, 8 Mac 2011

CINTA DALAM ISLAM





Semua orang petah berbicara mengenai cinta,
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang
terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang
tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia
yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya
supaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda
Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah
ialah mencintai kerana Allah dan membenci
kerana Allah Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,
otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri
hingga merosakkan hidup, nescaya diburu
penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan
perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya
dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara
keduanya bagi melancarkan hubungan dan
komunikasi mereka. Untuk saling memahami,
seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya
kita sering menganggap bahawa yang meluahkan
rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah
laku, hasrat dan keputusan antara mereka.
Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan
yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling
bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab
adalah antara petanda bahawa keintiman antara
mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat
daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau
negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud
anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap
pasangan menyebabkan hilang keseronokan
dalam perhubungan malah timbul kebosanan.
Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,
kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa. Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan
tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara
petanda curiga serta ingin menguasai
pasangannya. Cemburu biar kena pada
tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan
alasan untuk membela antara satu sama lain.
Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha
mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang,
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi
perhubungan apabila berlaku krisis. Usah
pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika
setiap pasangan mengharapkan cinta mereka
saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih
sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah
sebaik-baik pengharapan. Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami
keikhlasan pasangan anda seadanya!


UNTUKMU ADAM





Assalamualaikum....

sedikit renungan buat sahabat/biah...

lihatlah dunia sekarang....dunia belum terbelah, perempuan telah mengeluarkan malunya ke tepi jalan..

namun,Adam...

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

moga kita sentiasa dalam lembayung rahmat Ilahi...

wallahualam.. Crying or Very sad